TAPAK SULAIMAN
Umur: 490 ke 443 juta tahun
Zaman: Ordovician
Lokasi: Formasi Kataoua, Maghribi
Tapak sulaiman biasanya tinggal di dasar laut, dan sesetengah spesis hidup pada kedalaman 7000 meter. Para evolusionis tidak berdaya berhadapan dengan filum echinoderms ini, yang kekal tidak berubah untuk sekitar separuh bilion tahun. Makhluk ini tetap serupa, bukan sahaja untuk 10 juta ataupun 100 juta tahun, bukan juga untuk 200 juta tahun, tetapi 500 juta tahun secara kasar.
Seandainya dakwaan evolusionis benar, maka tapak sulaiman sepatutnya telah lama berubah menjadi bentuk hidupan lain sepanjang waktu 500 juta tahun tersebut, dan tinggalan banyak makhluk pelik, separuh tapak sulaiman dan sebahagian lagi berbentuk invertebrat lain, dapat ditemui dalam rekod fosil. Namun, rekod fosil tidak mengandungi bukti sedemikian untuk menyokong fahaman evolusionis.
Tapak sulaiman berusia 500 juta tahun yang ditunjukkan dalam gambar di atas membuktikan bahawa tapak sulaiman bukan sahaja kekal wujud sebagai tapak sulaiman selama ini, dan bukan berasal daripada bentuk hidupan lain, bahkan tidak akan berubah menjadi spesis lain.
0 comments:
Post a Comment