RIANG-RIANG
Umur: 50 juta tahun
Zaman: Eocene
Lokasi: Poland
Riang-riang mempunyai satu pasangan selaput yang terletak di atas kantung udara dalam abdomennya. Ia menghasilkan bunyi nyaring dengan menggunakan kedua-dua membran ini. Apabila dikuncup dan dilepaskan oleh otot yang memegangnya, membran ini menghasilkan bunyi yang besar. Proses pengecutan dan pengembangan yang dilakukan oleh serangga ini berlaku secara purata 500 kali per saat. Bunyi tersebut bertambah kuat atau berkurang mengikut pembukaan atau penutupan ekstensi pada toraks bahagian abdomen.
Memandangkan telinga manusia tidak dapat mengesan sesuatu bunyi yang datang lebih cepat daripada sepuluh kali per saat, maka kita tidak dapat menentukan segmen tertentu bunyi riang-riang. Oleh sebab itu, bunyi yang dipancarkan oleh riang-riang kedengaran seperti dengungan panjang.
Berdasarkan rekod fosil, ternyata bahawa semua riang-riang yang pernah hidup sememangnya telah memiliki karakteristik sedemikian.
Penelitian rapi terhadap gambar fosil riang-riang menunjukkan bahawa tiada perbezaan di antaranya dengan spesimen hari ini. Sejak lebih 50 juta tahun lalu, langsung tiada perubahan kecil yang berlaku pada kepala, struktur rangka dan kepala, mahupun dalam plat yang digunakan untuk mengeluarkan bunyi.
great...thanks gor the info...
ReplyDelete