Loading...
Thursday, May 17, 2012

Fosil: Benih Hackberry | Umur: 50 juta tahun | Zaman: Eocene | Lokasi: Amerika

BENIH HACKBERRY
Umur: 54 hingga 37 juta tahun
Zaman: Eocene
Lokasi: Pergunungan Hart, Utara Tengah Wyoming, Amerika

Pokok yang merupakan satu daripada anggota genus Celtis ini tumbuh di kawasan beriklim sederhana.

Benih-benih hackberry yang digambarkan di sini, secara kasar berumur 50 juta tahun merupakan bukti bahawa evolusi tidak pernah terjadi. Tumbuhan ini kekal wujud sebagai hackberry dan, sebagaimana spesis tumbuhan lainnya, ia juga tidak pernah melalui sebarang peringkat peralihan. İa tidak berasal daripada tumbuhan lain, malah tidak pernah berkembang menjadi tumbuhan lain.

Hakikatnya, para evolusionis sedar bahawa tiada fosil bentuk peralihan yang dapat dijadikan bukti evolusi tumbuh-tumbuhan. George Gaylord Simpson, seorang daripada pengasas aliran neo-Darwinisme, menyatakan perkara berikut:

"Ketiadaan bentuk-bentuk peralihan ini tidak hanya terbatas pada mamalia sahaja, bahkan hampir merupakan satu fenomena sejagat, sebagaimana yang telah lama diketahui oleh para pakar paleontologi. Ianya terbukti pada hampir kesemua kelas haiwan, sama ada bertulang belakang ataupun tidak. . . ia benar pada kelas-kelas, dan kebanyakan filum haiwan, dan ia juga nampaknya benar pada pelbagai kategori tumbuhan." (George G. Simpson, Tempo and Mode in Evolution, New York: Columbia University Press, 1994, hal. 105, 107) (penekanan ditambah)

info

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP