KUDA LAUT
Umur: 23-5 juta tahun
Zaman: Miocene
Lokasi: Formasi Sungai Marecchia, Poggio, Rimini, Itali
Kuda laut (Hippocampus sp.) biasanya berpaut pada tumbuh-tumbuhan menggunakan ekornya, dan berenang secara menegak dengan bantuan sirip dorsal kerana ianya tidak memiliki sirip ekor. Keupayaan kuda laut untuk berenang secara menegak bergantung kepada kepantasannya mengisi kantung pengapungan dengan udara.
Gambar menunjukkan fosil kuda laut yang ditemui pada dasar batuan di wilayah utara Itali. Kuda laut dari zaman Miocene ini persis daripada semua aspek organ dan strukturnya – rangka, kantung apungan dan insang – sebagaimana kuda laut masa kini. Kuda laut kekal tidak berubah sejak mula muncul dalam rekod fosil, dan secara dasarnya membatalkan dakwaan para evolusionis.
0 comments:
Post a Comment